Kejadian alam ada pasangannya. Jika ada kekuatan maka ada pula
kelemahannya. Lelaki dikaitkan dengan kekuatan, maka lelaki adalah yang kanan.
Menurut agama Islam, Kristen dan Yahudi, Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri
Adam (floating rib) yang bengkok. Kejadian baliagian kiri dan kanan adalah
fenomena alam, dan mempunyai rahsia yang tersendiri. Nafas kanan dikaitkan
dengan kekuatan, sedangkan nafas kiri dengan kelemahan. Menurut pengetahuan
bangsa Cina, lelaki itu Yang perempuan Yin. Kanan dikaitkan dengan kekuatan dan
kiri dengan kelemahan. Kanan adalah akal dan kiri adalah nafsu.
Seorang wanita adalah kejadian yang kiri. bahagian kanan dikaitkan
dengan kekuatannya dan kiri adalah kelemahannya. Bila merujuk dari segi
kebiasaan pekerjaan, sentuhan, rasa serta pengalaman, bahagian kanan telah
masak manakala bahagian kiri masih muda. Kanan adalah bahagian yang berjaga
sementara kiri tidur. Masyarakat Melayu dahulu menyatakan bahawa bahagian yang
kiri adalah bahagian kelemahan wanita dan mudah dirangsang.
Bahagian kiri adalah bahagian yang paling mudah untuk mematahkan wanita,
yang bisa menerbitkan rasa rasa gelisah serta ghairah nafsu jika disentuh oleh
kejadian yang kanan, iaitu lelaki. Undang-undang berpasangan bagi alam
mempunyai ketentuan umum, sebagaimana besi berani (magnet), kutub yang
berlawanan akan menghampiri sedangkan yang sama akan menjauhi.
No comments:
Post a Comment