Istilah Gadis, atau Anak Dara; atau Bikir, sebenarnya mempunyai
pengertian yang kurang cerewet. Ia bermaksud sebagai wanita masih ada Selaput
Dara. Lelaki mempunyai sifat keegoan, sifat ini amat ketara pada masyarakat
Melayu pada zaman dahulu. Pada masa pertama, suami dibekalkan oleh ibu si
isteri dengan kain putih (atau saputangan putih). Semasa melakukan jima' buat
pertama kali, Dara akan terkoyak dan sedikit darah bayu akan keluar. Darah ini
akan dikesat menggunakan kain tersebut. Pada keesokan harinya, kain itu akan
diserahkan kepada ibu si isteri sebagai tanda bahawa kedua-dua suami isteri
tiada bermasaalah, si suami mempunyai zakar yang cukup tegang untuk memecahkan
Dara sementara si isteri telah dapat mempertahankan mahkotanya hingga pada
ketika itu. Tanda tersebut membanggakan kedua-dua belah keluarga pengantin.
Pada masa sekarang, adat itu tidak berlaku lagi.
Banyak sedikitnya darah yang keluar
bergantung kepada bentuk dara. Jika mazi isteri banyak, maka darah bayu akan
bercampur pula dengan mazi. Jika darah amat sedikit, maka ia tidak dapat
dilihat dengan jelas. Mungkin Dara terkoyak sedikit sahaja, dan dari itu darahnya
juga sedikit. Besar kemungkinan suami telah memecahkan dara tetapi tidak sedar
akan fenomena itu. Tidak ada tanda khusus yang dapat dikenal pada saat Dara
dipecahkan. Kalau ada cuma dari segi kesakitan isteri, tetapi kesakitan itu
sedikit dan sebentar, ia hilang dalam keghairahan. Maka jangan mudah menuduh
isteri sudah tiada Dara. Ada juga wanita Daranya bertaut kembali walaupun
telali melakukan persetubuhan, maka kaitan Dara dan kesucian hanyalah adat dan
bukan syarat.
No comments:
Post a Comment