Allah s.w.t. telah mengurniakan 99 bahagian kenikmatan kepada kaum
perempuan apabila ia disetubuhi oleh suaminya. Maka jika suami dapat menjima'
isterinya dengan baik, ini dapat membangkitkan kenikmatan itu dan mengimbangi
kepayahan yang dirasai oleh isteri apabila melakukan tugasnya sebagai pakaian
suami. Bila isteri mahu memakai suaminya, maka suami patut melayaninya pula.
Sepatutnya kenikmatan atau
kepuasan suami dalam jima' bergantung kepada samada isterinya mendapat
kenikmatan dan kepuasan. Ini kerana jima' itu tugas saling memberi dan menerima
antara dua hati. Menjima' isteri tidak semestinya memberikan kenikmatan
kepadanya, mungkin dia merasa sakit, atau tidak puas, tetapi dia malu untuk
menyatakannya. Maka suami patut mengetahui dengan terperinci mengenai
rahsia-rahsia tubuh isterinya, dari berbagai segi, bagi mengatasi
masaalah-masaalah yang disebutkan. Dengan itu maka jima' akan dapat dilakukan
dengan lebih adil dan bertanggung jawab, bukan sekadar meimuaskan nafsu sendiri
dan menunjuk kegagahan
No comments:
Post a Comment