Tuesday, February 12, 2013

Antara Lelaki Dan Wanita




Beberapa orang penulis di Timur dan juga di Barat pada zaman ini telah mencatat bahawa antara sebab mengapa isteri berlaku curang dan berlakunya keruntuhan rumahtangga ialah kerana suami tiada tahu cara jima' yang betul dan isteri pula tidak pandai melayani suami yang berhajat. Zaman moden penuh dengan pancarobanya, godaan banyak, mudahlah tergoda jika iman tipis dan fikiran dangkal. Orang Islam dan orang Timur tidak sesuai belajar teknik seksologi Barat, kerana Islam ada peraturannya dan bangsa ada adat resamnya yang tersendiri dan kukuh terjalin. Maka jika tahu cara senggama Barat tetapi tidak tahu konsep Nafkah Batin Islam, isteri boleh juga menjadi curang. Bukti tentang perkara itu berlaku sentiasa di Barat, setiap dari pasangan mencari "daging mentah" di luar rumah, jika saja mendapat peluang. Dari segi Islam, itu dihukumkan zina.
Pernali ahli seksologi Barat membuat kajian di sana bahawa sebahagian besar dari isteri di Barat itu tidak pernah mencapai inzal atau tidak tahu apa itu rasa inzal walaupun telah berkahwin bertahun-tahun. Mengapakah perkara ini teijadi di tempat yang kaya dengan pengetahuan seperti itu? Ertinya ada sesuatu yang tidak kena pada apa yang mereka ketahui dan amalkan.
Ilmu Nafkah Batin Islam menawarkan jalan lerbaik bagi mengatasi masalah seperti ini. Nampaknya ilmu Sengama Melayu pun lebih baik dari seksologi Barat dari segi kehalusan cara dan kemesraannya. Keluarga orang-orang Melayu dahulu (setelah Islam) hidup dalam aman bahagia, mempunyai anak yang cukup ramai, dan jarang sekali bercerai berai melainkan cerai mati. Dimanakah letaknya permata, di Timur atau di Barat?

No comments:

Post a Comment