Wednesday, June 15, 2016

Rahsia Bahagian Yang Kiri



Kejadian alam ada pasangannya. Jika ada kekuatan maka ada pula kelemahannya. Lelaki dikaitkan dengan kekuatan, maka lelaki adalah yang kanan. Menurut agama Islam, Kristen dan Yahudi, Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam (floating rib) yang bengkok. Kejadian baliagian kiri dan kanan adalah fenomena alam, dan mempunyai rahsia yang tersendiri. Nafas kanan dikaitkan dengan kekuatan, sedangkan nafas kiri dengan kelemahan. Menurut pengetahuan bangsa Cina, lelaki itu Yang perempuan Yin. Kanan dikaitkan dengan kekuatan dan kiri dengan kelemahan. Kanan adalah akal dan kiri adalah nafsu.
Seorang wanita adalah kejadian yang kiri. bahagian kanan dikaitkan dengan kekuatannya dan kiri adalah kelemahannya. Bila merujuk dari segi kebiasaan pekerjaan, sentuhan, rasa serta pengalaman, bahagian kanan telah masak manakala bahagian kiri masih muda. Kanan adalah bahagian yang berjaga sementara kiri tidur. Masyarakat Melayu dahulu menyatakan bahawa bahagian yang kiri adalah bahagian kelemahan wanita dan mudah dirangsang.
Bahagian kiri adalah bahagian yang paling mudah untuk mematahkan wanita, yang bisa menerbitkan rasa rasa gelisah serta ghairah nafsu jika disentuh oleh kejadian yang kanan, iaitu lelaki. Undang-undang berpasangan bagi alam mempunyai ketentuan umum, sebagaimana besi berani (magnet), kutub yang berlawanan akan menghampiri sedangkan yang sama akan menjauhi. 

Logika Makam Yang Lima



Apabila bentuknya yang asal adalah sedemikian, maka jelas bahawa deria rasa pada setiap bahagian adalah berbeza. Ini dikuatkan dari fakta bahawa di luar dinding lubang faraj ini terdapat urat-urat yang berfungsi sebagai perasa dan pengalir darah, banyak dan halus-halus. Jika rangsangan tertumpu kepada satu bahagian, maka rasanya akan berlainan kerana urat perasa yang mendapat signalnya adalah berbeza kedudukannya. Empat otot yang berbeza mengawal dinding ini, membuatkan ia bisa menjauhi (mengembang) apabila dalam keadaan ghairah.Di dalam ilustrasi sebelah kanan, lubang faraj adalah di dalam keadaan ghairah, dimana kesemua dinding- dinding yang tadinya rapat bertemu sekarang berjauhan, sebagai persediaan menerima kemasukan zakar. Urat-urat perasa empat bahagian ini akan tetap merasai rangsangan secara berbeza. Jika zakar itu ditusukan ke bahagian kiri, maka urat-urat perasa bahagian itulah yang akan mendapat lebih signal kerana rangsangan yang optima, dan membawa signal ke otak dengan keadaan kejadiannya, lantas otak mentakrifkan rangsangan itu sebagai rasa tersendiri yang nikmat. Jika rangsangan berlaku seimbang, maka semua urat perasa merasainya serentak, dan rasa kenikmatan juga berbeza. Itu adalah makam yang tengah dan melengkapkan konsep makam Yang Lima. Maka logika Makam Yang Lima terletak pada deria sentuhan yang ada pada empat bahagian berbeza dinding faraj, apabila rangsangan berlaku pada satu bahagian di satu masa, dan perbezaan rasa yang berlaku jika kesemua deria ini merasai rangsangan sekaligus, tetapi pada kali ini rangsangan adalah teragih dan bukan optima sepertimana rangsangan tumpuan ke satu-satu bahagian dinding.

Saturday, June 4, 2016

TEKNIK-TEKNIK SENAMAN HARIMAU

TEKNIK-TEKNIK SENAMAN HARIMAU

Senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah. Senaman ini dimuatkan dalam buku Permata Yang Hilang.





Padi Bukit

1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang
2. Tangan diletakkan di atas lutut
3. Tarik nafas sedalam yang mungkin
4. Tahan selama 6 saat
5. Hembus perlahan-lahan
6. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
7. Ulang sehingga 3 kali

Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.



Nafas Pertapa

1. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki
2. Tarik kaki rapat ke arah badan
3. Tegakkan belakang
4. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
5. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu)
6. Tahan sehingga 6 saat
7. Hembus nafas perlahan-lahan
8. Ulang sebanyak 3 kali

Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.





Rentak Urutan

1. Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan
2. Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar

Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.




Tarik Sepadan

1. Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan

2. Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri

3. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan

4. Cuba pastikan lutut mencecah lantai

5. Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal

Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.






Rentak Lentang

1. Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai
2. Tangan masih memegang ibu jari
3. Kembali ke posisi asal

Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.





Tepis Jengking

1. Duduk bersila
2. Tegakkan belakang
3. Depakan tangan itu separas bahu ke kanan
4. Bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas
5. Tukar tangan kiri
6. Ulang sebanyak 3 kali
7. Setelah habis gerakan hembus nafas

Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.





Matahari Naik

1. Duduk bersila dan tegakkan belakang
2. Bermula dengan tangan di belakang pinggang
3. Tekan pinggang dengan bantuan tangan
4. Tarik nafas dan tahan
5. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala
6. Hembuskan nafas

Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.





Lenjang Gajah

1. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri
2. Tegakkan belakang
3. Tarik nafas perlahan-lahan
4. Letak tangan kanan atas lutut kiri
5. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi
6. Hembus nafas
7. Ulang 7 kali
8. Ulang dengan menukar kaki

Gerakan ini memulihkan tenaga batin.




Cakar Harimau

1. Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin
2. Jari kanan harus mencecah lantai
3. Hembus nafas
4. Ulang 7 kali
5. Ulang dengan menukar kaki

Gerakan ini memulihkan tenaga batin