Saturday, February 9, 2013

Ilmu Senggaman Bangsa Melayu


Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s., itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keiurunan Ishak a.s., dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keiurunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan, sebagaimana juga nama Bani Lavi (levi) dari puak Israel.

Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai agama bermula dari syari'at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun. Contohnya, dari segi ibnu senggama, praktik meletakkan kain putih di bawah pengantin perempuan pada malam pertama perkahwinan telah dipraktikkan oleh bangsa Cina dahulukala. Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu senggama Melayu juga mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa India dan Cina.

Asal usul setengah-setengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India, menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari Sri Vijaya, Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi mengembangkan ajarannya, termasuklah bidang pcrsilatan.



Sekiranya pembaca belajar Ilmu Senggama Melayu dari seorang dukun atau bomoh atau pawang, kemungkinan besar dia akan menyatakan bahawa ilmu tersebut diajarkan menerusi ilham atau oleh para jin, terutamanya dari segi senaman tenaga batin. Ada antara mereka yang mendakwa berkahwin dengan orang bunian (jin). Walau bagaimanapun, buku ini mempunyai fokus yang lain, ia lebih menekankan mengenai tanggungjawab bagi menjayakan pemberian Nafkah Batin kepada isteri, dan ini berlandaskan kepada apa yang diajarkan oleh agama Islam. Pengetahuan senggama dari bangsa dan agama lain dicatatkan sebagai menambah pengetahuan dan membuat penilaian. Beberapa praktis mistik juga dicatatkan bagi menambah pengetahuan sahaja. Kesemuanya ini bertujuan bagi memberikan gambaran yang agak menyeluruh mengenai apa yang diajarkan oleh orang-orang Melayu dahulu dalam konteks Ilmu Senggama ini.

Nasihat penulis kepada pembaca ialah, tumpukan perhatian kepada tertib-tertib jima' cara Islam di buku ini, kemudian bandingkan dengan apa yang diajarkan oleh bangsa dan agama lain. Dengan itu, akan dapat pembaca menyedari akan kelebihan pendekatan Islam. Ilmu-ilmu firasat yang dicatat di dalam buku bukan untuk dipraktikkan, Islam melarang penggunaan firasat dalam memilih pasangan hidup.

No comments:

Post a Comment