Monday, February 11, 2013
Faedah Mengetahui Anggota Jima'
Mengetahui anggota jima' mempunyai faedah yang besar. Dengan itu akan dapat difahami akan tugasnya dalam menjayakan jima' yang berkesan. Sifat-sifat anggota jima' dan kaedah bagaimana ianya boleh dirangsang dan merangsang perlu diketahui agar suami boleh memberikan kenikmatan dan inzal kepada isteri, isteri pula mampu melayani suami dengan baik.
Seksologi Barat membincangkan mengenai anggota jima' dari sudut moden. Namun begitu, ada antara anggota jima' tidak menjadi fokus di Barat dan hanya diketahui oleh Islam atau masyarakat Timur. Beberapa contoh ialah Makam Yang Lima, fungsi dan kelebihan Biji Zakar, fungsi dan kelebihan Urat Jarum, kaedah- kaedah rangsangan Istimta' yang bertertib serta penuh rahsia, Tiga Lubuk Nafsu, Rahsia Peredaran Mani (Nafsu) menurut Islam dan sebagainya.
Pengetahuan yang agak terperinci mengenai hal ini menjadi asas bagi menjayakan jima' dengan berkesan tanpa menyakiti perasaan pasangan. Faktor ini penting, kerana jima' bukanlah bertujuan bagi memuaskan syahwat diri semata-mata. Nafkah batin perlu diberikan dengan baik, lemah lembut dan bertertib, serta sesuai dengan masa dan tempatnya. Seperti kata orang tua-tua Melayu, nafkah batin itu seolah-olah menjadi lauk-pauk kepada isteri, pertamanya perlu diketahui kesukaannya, keduanya perlulah dirancang agar tidaklah hanya mencari lauk yang serupa setiap hari kerana ia menjemukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment