4. Isteri yang salihah sentiasa membawa keberkatan dalam hidup berumahtangga sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Berkahwinlah kamu kerana orang-orang perempuan itu boleh menolong menjayakan hal ehwal kehidupan kamu mencari rezeki".
5. Segala pahala ibadat digandakan dengan berkahwin, kerana mempunyai kesanggupan menunaikan suruhan berkahwin dan menunaikan tanggungjawab terhadap anak isteri sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : "Sembahyang dua raka'at orang yang telah beristeri itu keadaannya lebih utama daripada sembahyang tujuh puluh raka'at orang yang membujang, tiada berkahwin".
6. Menyalurkan nafsu syahwat pada jalan yang halal sebagaimana sabda Nabi yang bermaksud : "Apabila berkahwin seorang muda itu nescaya menjeritlah syaitan sambil ia berkata alangkah ruginya aku, sesungguhnya terpeliharalah orang muda ini daripada godaanku".
Berkahwin itu dipandang mulia dan
digalakkan oleh syariat Islam bagi mengelakkan keruntuhan moral dan tatasusila.
Ia bertujuan untuk keharmonian sejagat, bukan hanya untuk keluarga yang
berkaitan. Perkahwinan menghala kepada kesopanan serta kebersihan rohani dan
jasmani. Dengannya maka keturunan menjadi biak, diharapkan dengan itu setiap
insan akan menyumbang untuk keamanan dan kemakmuran dunia.
Manusia tidak boleh hidup bersendirian.
Nanti akan terasa amat sunyi dan hidup terasa tidak bermakna. Lelaki tidak akan
sanggup untuk hidup meriah tanpa seorang isteti yang mencintainya di sampingnya
dan apatah lagi bagi perempuan. Maka perkahwinan itu adalah satu amalan yang
bertujuan untuk menggembirakan hati nurani. Dengan itu hati akan lebih tetap
dan rajin untuk beribadah kepada Allali.
Matlamat perkahwinan adalah kebahagiaan
dunia dan akhirat. Ia lebih bermakna dari sekadar berseronok melayani nafsu
syahwat. Nafsu syahwat akan disalurkan menerusi cara paling terhormat melalui
jalan pekahwinan yang diredhai. Malah, jima' itu adalah merupakan ibadah dan
mempunyai pahala yang amat banyak, jika tahu mengenai tertib kesopanannya.
Itulah antara perkara-perkara yang perlu diflkirkan oleh insan yang belum
berkahwin, agar kahwin segera.
No comments:
Post a Comment