Manusia dijadikan berpasangan lelaki dan
perempuan untuk kenal mengenal dan berkasih sayang lantas berkembang biak.
Kejadian lelaki dan perempuan adalah sedikit berbeza dari sudut fizikalnya
serta juga kemampuannya. Lelaki itu dijadikan untuk menjadi ketua kepada
keluarganya dan dialah yang memimpin isterinya. Dijadikan tubuh lelaki dan
wanita itu dengan fungsi yang tersendiri dan khusus.
Dari segi kelaminnya, wanita itu dijadikan
lengkap dengan rahim bagi mengandungkan janin, janin terbentuk hasil dari
tumpahnya nutfah ke dalam rahim menerusi hubungan kelamin. Hubungan kelamin
ialah khusus dilakukan menerusi zakar dan faraj. Maka zakar itu, tempat yang
menjadi pakaiannya ialah di faraj, bukan di dubur isteri. Sekiranya insan
melanggar fitrah ini, maka layaklah dia menemui kehancuran sebagaimana matinya
manusia akibat hilangnya daya ketahanan melawan penyakit (AIDS).
Adalah penting bagi golongan muda menyedari
tentang manusia dan fitrah kejadiannya, agar tidak menyimpang dari apa-apa yang
telah dikhaskan untuk manusia itu menerusi apa yang ada ditubuhnya serta
fungsi-fungsi yang sewajamya. Perlu juga diingat bahawa setiap sesuatu ada
pasangannya, penyakit ada ubatnya, berbuat baiklah dalam semua keadaan, hatta
dalam hal jima'. Nafsu itu boleh membawa kehancuran jika tidak dibendung oleh
akal yang ingat kepada Allah.
Newbold telah membuat kajian tentang
perkara ini, beliau pula menyatakan bahawa menurut masyarakat Melayu
"Dengan anasir inilah berkaitnya empat rasa, iaitu jiwa atau roh dengan
udara, cinta dengan api, syahwat dengan tanah dan kebijaksanaan fikiran dengan
air". Ilmu tentang empat anasir ini menjadi asas kepada praktik ilmu Tabib
Melayu. Di dalam kitab Tib Ubat dinyatakan juga perkara yang serupa, empat
anasir itu dikatakan mempunyai tabiatnya pula iaitu sejuk (udara), haba (api),
kering (tanah) dan basah (air). Dari segi itu pula dipecahkan bahawa terdapat 9
jenis tabiat manusia, pertama; tabiat yang seimbang, atau satu campuran
"kualiti" yang sempurna, kemudian empat tabiat yang tidak seimbang
tetapi mudah caranya iaitu panas, sejuk, kering dan basah. Dari sini
berkembanglah ilmu tabib, yang disasarkan ubatnya dari punca-punca penyakit
bersebab dari empat anasir.
Pengajaran tentang perkara tersebut berkait
pula dengan sifat manusia, dikaitkan panas dan kering itu dengan sifat
bersegera. Sifat bercita-cita dan "ada angin" itu dengan panas serta
basah. Sifat muram dan rendah diri itu dengan dingin serta kering dan sifat
lambat dalam kerja atau merasa atau dalam menunjukkan emosi dan keinginan itu
dengan sejuk dan basah.
No comments:
Post a Comment